Nama         :  Puan Rosmawati Binti Taniyu

 Umur         :  32 Tahun

 Ahli            :  2017

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosmawati Binti Taniyu menjadi agen kepada beberapa produk seperti nutrisi atau makanan tambahan (Suppliment) produk RNR Asia serta produk kecantikkan Jenama LEIFA SKIN CARE. Beliau juga berusia 32 tahun berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Sekolah Menengah (SPM). Beliau merupakan seorang suri rumah yang sepenuh masa. Walaupun beliau merupakan suri rumah tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau cuba untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang di tanggung suami. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau sebelum ini hanya menjadi pelawat di Pusat Internet Pekan Baru Pitas pada Februari 2017 kemudian mengetahui terdapat banyak mananfaat yang dia telah perolehi daripada pembelajaran bersama Pusat Internet maka barulah beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas.

 

 

 Nama         :  Cik Siti Asfadilah Binti Abdullah

 Umur         :  16 Tahun

 Ahli            :  2014

 

 

 

 

 

 Latar belakang & Bentuk Kejayaan 

Cik Siti Asfadilah Abdullah, berusia 16 tahun dan telah menamatkan pelajaran pada peringkat SPM di SMK Pinggan-Pinggan Pitas. Beliau adalah penduduk Kampung Senimpul, Pitas yang merupakan kampung yang jauh dari pekan dan kekurangan kemudahan awam termasuklah jalur lebar iaitu internet.

Ketika beliau bergelar seorang pelajar, beliau banyak diberikan kerja kursus dan kerja sekolah yang memerlukan kemahiran beliau dalam ilmu ICT. Sebagai contoh, beliau diberikan kerja sekolah yang memerlukan beliau untuk mencari maklumat menggunakan internet. Cikgu juga memberi tugasan untuk menghasilkan kerja kursus yang lebih interaktif menggunakan video aplikasi Powtoon yang menarik menggunakan salah satu perisian komputer. Untuk menyiapkan tugasan tersebut, beliau telah menghadiri kelas aplikasi Powtoon yang diadakan pada hari tersebut.

 Nama         :  Puan Juitah Binti Basri

 Umur         :  41 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Juitah Binti Harun menjadi agen kepada beberapa produk seperti produk kecantikkan iaitu Nurraysa Skin Care. Beliau juga  berusia 41 tahun dan Berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Sekolah Menengah (SPM). Beliau merupakan seorang suri rumah yang sepenuh masa. Walaupun beliau merupakan suri rumah tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau cuba untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang di tanggung suami. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau sebelum ini hanya menjadi pelawat di Pusat Internet Pekan Baru Pitas pada Oktober 2018 kemudian mengetahui terdapat banyak manfaat yang dia telah perolehi daripada pembelajaran bersama Pusat Internet maka barulah beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas pada Februari 2019 kerana memudahkan beliau untuk mengetahui kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI pada masa yang akan datang.

 Nama         :  Puan Siti Rohani Binti Harun

 Umur         :  36 Tahun

 Ahli            :  2017

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Siti Rohani binti Harun menjadi agen kepada beberapa produk seperti perencah masakan dan tepung kek segera keluaran Alhajj. Puan Siti Rohani binti Harun berusia 36 tahun dan berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beliau merupakan seorang guru kemas di Kampung Bawang, Pitas. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak yang belajar diperingkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Walaupun beliau mempunyai gaji sendiri tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau untuk mencari pendapatan sampingan. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas pada September 2017 kerana memudahkan beliau untuk mengetahui kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI.