Nama         :  Puan Rosmawati Binti Taniyu

 Umur         :  32 Tahun

 Ahli            :  2017

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosmawati Binti Taniyu menjadi agen kepada beberapa produk seperti nutrisi atau makanan tambahan (Suppliment) produk RNR Asia serta produk kecantikkan Jenama LEIFA SKIN CARE. Beliau juga berusia 32 tahun berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Sekolah Menengah (SPM). Beliau merupakan seorang suri rumah yang sepenuh masa. Walaupun beliau merupakan suri rumah tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau cuba untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang di tanggung suami. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau sebelum ini hanya menjadi pelawat di Pusat Internet Pekan Baru Pitas pada Februari 2017 kemudian mengetahui terdapat banyak mananfaat yang dia telah perolehi daripada pembelajaran bersama Pusat Internet maka barulah beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas.

 

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

 Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan ahli keluarga sahaja. Pendapatan beliau dalam sebulan kurang daripada RM100.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Menyedari tentang kepentingan internet, Puan Rosmawati Binti Taniyu telah mengambil peluang tersebut dengan berkunjung ke Pusat Internet Pekan Baru Pitas. Meskipun jarak rumah beliau ke PI dalam 10 km dan mengambil masa 8 minit menaiki kenderaan, namun beliau tetap bersungguh-sungguh untuk meneroka bidang teknologi ICT. Kelebihan sebagai ahli PI tidak disia-siakan. Dalam mengembangkan perniagaan, beliau selalu pergi ke PI untuk mengakses internet, mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan dan belajar cara berniaga di media sosial.

 

Selepas penglibatan PI, akhirnya beliau telah mempunyai akaun facebook sendiri. Beliau menggunakan facebook tersebut untuk tujuan berniaga dan mencari info berkaitan dengan perniagaan. Selain facebook, beliau juga aktif menjual di whatsApp group dan mudah.my. Beliau juga menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) dalam mengembangkan pasaran produk ke tempat lain. Produk jualan beliau semakin dikenali bukan sahaja dikalangan keluarga malahan komuniti sekitar dan luar kawasan kampung. Pendapatan bersih beliau bertambah dari RM50 ke Rm250 sebulan.

 

Untuk perancangan di masa depan, beliau akan terus berhubungi dengan petugas PI dan akan ke PI dengan lebih kerap lagi. Beliau juga sedang mencari peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh MDEC.