Nama         :  Farah Fitria Binti Anwar

 Umur         :  19 Tahun

 Ahli            :  2014

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

 

Cik Farah Fitria Binti Anwar, berasal dari Kampung Senimpul Pitas, merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang pernah menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas. Jarak Pusat Internet Pekan Baru Pitas dengan kampung Cik Farah Fitria adalah sejauh 25KM, namun jarak yang jauh tidak menghalang untuk Cik Farah Fitria menuntut ilmu di Pusat Internet sejak berdaftar menjadi ahli di Pusat Internet Pekan Baru Pitas sejak tahun 2014.

 

 

Sering mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet bermula daripada kursus asas komputer, kursus asas internet, kursus keusahawanan dan kursus literasi komputer sejak menjadi ahli pada tahun 2014 sehingga kini. Kesungguhan dan minat dalam menimba ilmu berkaitan dengan dunia teknologi dan komunikasi menjadikan Cik Farah Fitria mendapat banyak ilmu baru berkenaan teknologi komputer yang boleh diterapkan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

 

Peredaran waktu dan zaman yang begitu singkat dan semakin moden menjadikan setiap orang ingin mempelajari dunia teknologi bagi membantu melancarkan segala urusan mereka terutamanya dalam memperluaskan pasaran jualan kepada orang ramai dengan lebih pantas menggunakan media sosial. Walaupun sekarang sudah mempunyai pekerjaan sebagai kerani di Palm Oil Kudat, tidak menghalang hasrat beliau untuk terus mencari peluang bisnes meskipun hanya sebagai pendapatan sampingan dan secara kecil-kecilan, selagi peluang terbuka luas dan memandangkan media sosial merupakan platform masa kini yang senang dan mudah digunakan oleh kebanyakkan peniaga baru untuk promosikan setiap produk mereka, justeru itu ia menggunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Mudah.my
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI1M membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI1M
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan