Sekitar kawasan Pekan Baru Pitas terdapat beberapa kemudahan asas yang digunaan oleh komuniti setempat dan sekitarnya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, komuniti dapat memanfaatkan kemudahan tersebut secara optimum. Ia juga dapat memudahkan komuniti untuk melakukan aktiviti harian seperti, bersukan dipadang dan gelangang futsal dan juga menjalankan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang berdekatan serta boleh membeli sebarang keperluan rumah di pasar tani Pitas yang berdekatan. Berikut kami paparkan gambar-gambar kemudahan asas yang terdapat di Pekan Baru Pitas.

 

1. MASJID AL-AMIN

Pengenalan

Masjid Al- Amin ini terletak di dalam kawasan Pekan Baru Pitas dan merupakan salah satu masjid utama yang digunakan oleh kebanyakkan pekerja dan penduduk di kawasan berhampiran.

Fungsi

  • Tempat solat berjemaah
  • Solat Jumaat
  • Mengadakan majlis- majlis ilmu
  • Bacaan Yasin

 

 

2. PASAR TAMU PEKAN BARU PITAS

 

 

 

3. DEWAN SERBAGUNA PEKAN BARU PITAS

Pengenalan

Dewan ini terletak di dalam kawasan Pekan Pitas dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung yang berhampiran Pekan Pitas seperti mesyuarat, mengadakan majlis jamuan makan dan juga aktiviti sukan seperti badminton.

Kegunaan/Fungsi

  • Mesyuarat RELA
  • Jamuan Makan
  • Badminton

Kemudahan Asas

  • Tandas
  • Gelanggang Badminton