Nama         :  Rusnidah Binti Dumsudin

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

 

Beliau merupakan seorang surirumah tangga dan emak kepada 3 orang anak. Beliau tinggal di Kg Taka, Pitas. Jarak rumah beliau dengan Pusat Internet adalah 5KM dan mengambil masa selama 8 minit untuk sampai ke Pusat Internet. Sebelum beliau menceburkan diri dalam perniagaan online, beliau pernah bekerja disektor swasta. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja kerana mempunyai anak kecil yang tiada pengasuh boleh digajikan untuk menjaga anak beliau. Oleh kerana keadaan ekonomi keluarga tidak mencukupi setiap bulan, beliau mengambil keputusan untuk mencuba menceburkan diri dalam perniagaan online.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Mudah.my
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI1M membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI1M
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan