Nama         :  Clarence Chin 

 Umur         :  18 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Latar belakang

Encik Clarence Chin, berusia 18 tahun dan telah menamatkan pelajaran pada peringkat SPM di SMK Pitas. Beliau adalah penduduk Kampung Dandun, Pitas yang merupakan kampung yang jauh dari pekan dan kekurangan kemudahan awam termasuklah jalur lebar iaitu internet.

Ketika beliau bergelar seorang pelajar, beliau banyak diberikan kerja kursus dan kerja sekolah yang memerlukan kemahiran beliau dalam ilmu ICT. Sebagai contoh, beliau diberikan kerja sekolah yang memerlukan beliau untuk mencari maklumat menggunakan internet. Cikgu juga memberi tugasan untuk menghasilkan peta minda yang manarik menggunakan salah satu perisian komputer. Untuk menyiapkan tugasan tersebut, beliau perlu belajar ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mendapat pendedahan berkaitan ICT, pelajar ini tidak mempunyai kemahiran langsung mengenai aplikasi komputer dan kemahiran menggunakan komputer. Beliau hanya menyiapkan kerja kursus dan kajian menggunakan cara manual iaitu menulis kerja kursus menggunakan tangan. Selain itu, beliau juga hanya mencari bahan kajian di perpustakaan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana kelebihan menjadi ahli PI adalah mudah untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Pekan Baru Pitas, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI pada November 2016. Setelah mendaftar menjadi ahli PI, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PI.  Oleh kerana beliau masih bersekolah, maka beliau mengikuti kelas pada setiap hujung minggu.

Beliau pernah mengikuti kelas pengenalan kepada asas komputer. Diakhir kelas, beliau meluahkan rasa gembira kerana telah mendapat ilmu ICT yang sangat beliau perlukan. Beliau sudah boleh menghasilkan kerja kursus yang menarik dan mendapat pujian di dalam kelas. Selain itu, beliau juga pernah mengikuti kelas Intel yang dianjurkan oleh PI Pekan Baru Pitas selama 3 hari. Sepanjang kelas berjalan, bukan sahaja beliau didedahkan dengan ilmu ICT tetapi beliau juga mendapat ilmu perniagaan. Didalam kelas tersebut, beliau belajar kunci kira-kira dan menghasilkan kad perniagaan menggunakan Microsoft Publisher.

Selama 2 tahun beliau menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas, beliau telah mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh PI. Beliau pernah mendapat hadiah kerana telah memenangi beberapa pertandingan seperti pertandingan menaip cepat, menghasilkan kad nama dan poster. Beliau juga pernah mengikuti program asas video dan telah mengikuti pertandingan video pendek yang dianjurkan oleh sekolah. Walaupun beliau sudah tamat bersekolah di SMK Pitas tetapi beliau selalu datang ke PI untuk menambah ilmu ICT.