Nama         :  Puan Siti Rohani Binti Harun

 Umur         :  36 Tahun

 Ahli            :  2017

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Siti Rohani binti Harun menjadi agen kepada beberapa produk seperti perencah masakan dan tepung kek segera keluaran Alhajj. Puan Siti Rohani binti Harun berusia 36 tahun dan berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beliau merupakan seorang guru kemas di Kampung Bawang, Pitas. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak yang belajar diperingkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Walaupun beliau mempunyai gaji sendiri tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau untuk mencari pendapatan sampingan. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas pada September 2017 kerana memudahkan beliau untuk mengetahui kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari tentang kepentingan internet, Puan Siti Rohani telah mengambil peluang tersebut dengan berkunjung ke Pusat Internet Pekan Baru Pitas. Meskipun jarak rumah beliau ke PI dalam 10 km dan mengambil masa 8 minit menaiki kenderaan, namun beliau tetap bersungguh-sungguh untuk meneroka bidang teknologi ICT. Kelebihan sebagai ahli PI tidak disia-siakan. Dalam mengembangkan perniagaan, beliau selalu pergi ke PI untuk mengakses internet, mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan dan belajar cara berniaga di media sosial.

Selepas penglibatan PI, akhirnya beliau telah mempunyai akaun facebook sendiri. Beliau menggunakan facebook tersebut untuk tujuan berniaga dan mencari info berkaitan dengan perniagaan. Selain facebook, beliau juga aktif menjual di whatsApp group dan mudah.my. Beliau juga menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) dalam mengembangkan pasaran produk ke tempat lain. Produk jualan beliau semakin dikenali bukan sahaja dikalangan keluarga malahan komuniti sekitar dan luar kawasan kampung. Pendapatan bersih beliau bertambah dari RM50 ke Rm250 sebulan.

Untuk perancangan di masa depan, beliau akan terus berhubungi dengan petugas PI dan akan ke PI dengan lebih kerap lagi. Beliau juga sedang mencari peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh MDEC.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Beliau telah menpelajari asas berniaga di media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instragram dan lain-lain.

-       Mempelajari cara menggunakan email dengan betul

-       Mendapat bimbingan cara melayari internet dengan betul dalam mencari maklumat perniagaan

-       Mempelajari perisian Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel untuk pemantauan stok barang

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       Memberi kelas tambahan yang diperlukan

-       Membantu mempromosikan produk jualan beliau

Latar belakang

Puan Siti Rohani binti Harun berusia 36 tahun dan berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beliau merupakan seorang guru kemas di Kampung Bawang, Pitas. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak yang belajar diperingkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Walaupun beliau mempunyai gaji sendiri tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau untuk mencari pendapatan sampingan. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas pada September 2017 kerana memudahkan beliau untuk mengetahui kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan ahli keluarga sahaja. Pendapatan beliau dalam sebulan kurang daripada RM100.