Nama         :  Siti Nor Azrin Binti Azman

 Umur         :  20 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Siti Nor Azrin menjadi agen beberapa produk seperti Aleeya Hijab Spray dan Bawal Sempoi by Zavira. Berusia 20 tahun, Puan Siti Nor Azrin merupakan seorang suri rumahtangga. Beliau berasal dari Kg Senaja, Pitas dan mendapat pendidikan di SMK Pitas. Beliau hanya sempat menghabiskan pengajian STPM sebelum berkahwin. Kahwin pada usia yang mudah bukan penghalang untuk beliau mencapai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dikenali. Ketika bersekolah di SMK Pitas, beliau selalu datang ke PI untuk menyiapkan tugasan dan kerja kursus yang diberikan oleh guru. Beliau mendapat info bahawa PI Pekan Baru Pitas sering menganjurkan kelas dan program keusahawanan, tanpa menangguh masa beliau mendaftar menjadi ahli PI pada Mac 2016.


Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Mudah.my
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI1M membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI1M
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan