Nama         :  Masliah Bte Dek

 Umur         :  39 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Pn. Masliah bte Dek merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Beliau tinggal di Kg Kalumpang. Oleh kerana ingin meningkatkan taraf hidup berbanding rakan sekampung yang lain, beliau telah mengambil keputusan untuk menjadi usahawan. Selain itu, sokongan dan dorongan dari keluarga juga banyak mempengaruhi keputusan beliau. Beliau telah membuka kedai kecil berdekatan dengan rumah dan menjalankan perniagaan secara offline. 

 

 Nama         :  Nuraisyah Binti Omar

 Umur         :  35 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

 

Pn. Nuraisyah Omar merupakan seorang penjawat awam. Beliau berasal dari kampung Kanibongan tetapi telah berpindah ke Pekan Pitas. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan. Disebabkan gaji bulanan beliau dan suami tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka, beliau mengambil keputusan untuk berniaga. Beliau pernah menjalankan beberapa perniagaan seperti perkhidmatan photostat & katering tetapi tidak mendapat sambutan. Beliau tidak berputus asa dan cuba menceburi perniagaan lain. Beliau mendapat idea untuk mencuba menjalankan perniagaan perkhidmatan pelamin kerana beliau mempunyai minat dalam bidang rekabentuk. Bermula dengan merekabentuk mini pelamin untuk cukur rambut anak sendiri, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, sokongan dan dorongan dari keluarga juga banyak mempengaruhi keputusan beliau.

USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

 Nama         :  Saadiah Binti Ismail

 Umur         :  41 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cahaya Bina Sari merupakan syarikat Pn Saadiah Ismail yang mengeluarkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Antara keluaran Cahaya Bina Sari ialah kuih Bahulu. Puan Saadiah Ismail merupakan suri rumah sepenuh masa yang membuat kuih Bahulu. Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2010. Mempromosikan produk beliau terhad kepada sanak saudara dan menghantar ke kedai-kedai berhampiran dengan rumah. Oleh kerana mendapat permintaan yang banyak, Pn. Saadiah membuat keputusan untuk menceburi bidang keusahawanan ini dengan serius.

 

 Nama         :  Marni Moginza

 Umur         :  49 Tahun

 Ahli            :  2016

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Pn. Marni Moginza, berasal dari Kampung Kabatasan dan merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Jarak PI1M Pekan Baru Pitas dengan kampung beliau adalah 10km. Bermula membantu rakan untuk menyiapkan tempahan kek, timbul rasa minat dalam diri untuk menjalankan perniagaan membuat kek ini secara sendirian dan kecil-kecilan bermula dari menerima tempahan dan penyediaan membuat kek di rumah sahaja. Beliau mendapat info bahawa PI1M Pekan Baru Pitas ada menyediakan kelas dan bengkel keusahawanan. Pn. Marni mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli PI1M dimana memudahkan beliau mengetahui kelas atau bengkel yang akan diadakan. Puan Marni sering mengikuti kursus yang diadakan di PI1M Pekan Baru Pitas, antaranya ialah mengikuti kursus membuat sabun alami, dan kursus asas internet (Gmail).

 

USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN

 Nama         :  Masiah Binti Sangkong

 Umur         :  46 Tahun

 Ahli            :  2014

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang 

Resiah Enterprise merupakan syarikat bumiputera Sabah yang membekal dan menyediakan latihan dalam bidang kraftangan etnik Sabah. Syarikat ini dimiliki oleh Puan Masiah Songkong. Antara produk keluaran syarikat beliau adalah beg berasaskan benang kait dan tali plastik, tudung saji ditambah nilai menggunakan reben, beg diperbuat daripada benang kait, bakul doorgift berasaskan manik, pasu bunga berasaskan kristal dan aksesori yang diperbuat daripada manik halus. 

Puan Masiah Sangkong merupakan suri rumah yang menghasilkan seni kraftangan apabila waktu lapang sahaja, namun disebabkan minat yang mendalam terhadap seni kraftangan dan permintaan yang semakin banyak,  akhirnya Puan Masiah Sangkong mula meluaskan produk kraftangannya dan mempelbagaikan jenis-jenis yang dihasilkan mengikut permintaan daripada pelanggan dan pasaran sekarang.