Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Sehubungan dengan itu, keperluan internet pada masa kini amatlah penting dari segi capaian ilmu, berita, maklumat, dan sehinggalah keperluan dalam kenaikan taraf hidup. Beliau adalah petani tradisional yang mengekalkan tanaman secara tradisi menggunakan medium tanah untuk bercucuk tanam. Sehinggalah pusat internet 1 Malaysia Pekan Baru Pitas membantu dalam revolusi pertanian berasaskan teknologi terkini iaitu system tanaman FERTIGASI.

Setelah, Pengurus Pi1M Pekan Baru Pitas memberikan pendedahan maklumat tanaman berasaskan teknologi fertigasi yang mana ilmu dan perancangan penjagaan dan penyeliaan penuh yang ada dalam internet maka beliau telah mengusahakan tanaman cili padi bara secara fertigasi dalam skala kecil iaitu 200 pokok.

Bermula pada awal December 2014 kini pokok cili padi bara yang diusahakan secara fertigasi mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. Dalam tempoh sebulan penuaian dilakukan beliau kini boleh mendapat hasil pendapatan sekitar rm400 sehingga rm500 dalam sebulan dari hasil 200 pokok cili padi yang belum matang sepenuhnya.

Hasil tuaian dijual dan dipasarkan ke pasar sayur pekan baru pitas pada kadar rm 20-25 sekilo. Namun atas permintaan yang tinggi daripada peniaga pasar sayur, hasil cili padi bara tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Kini sekali lagi beliau menggunakan khidmat PI1M untuk mendapatkan barang-barang perkakasan untuk tujuan penambahan kuantiti tanaman melalui system e-dagang iaitu online order dari kedai menjual alat fertigasi di kawasan Negeri Selangor.

Pada awalnya tanaman yang diusahakan secara tradisional membawa pulangan yang kurang membrangsangkan kerana hasil dan penjagaan adalah amat sukar dilakukan. Kini dengan mengguankan kaedah tanaman secara fertigasi dalat meningkatkan kadar hasil dalam 400% daripada hasil keluaran tardisional.

Dengan adanya khidmat Pengurus PI1M Pekan Baru Pitas, kini beliau dapat meralisasikan impian sebagai petani moden dan menjadi usahawan muda selaras dengan kempen kerajaan untuk menambahkan lagi penyertaan belia untuk menjadi bakal usahawan muda yang Berjaya.