Hospital pitas

Pengenalan

Sejarah perkhidmatan dan kesihatan di daerah pitas mengalami banyak perubahan dengan bermulanya pengwujudan klinik kesihatan kelumpang yang pertama pada tahun 1983, yang pada ketika itu ditempatkan di sebuah bangunan, bekas pentadbiran parti "berjaya".

Klinik kesihatan ini kemudiannya dipindahkan ke pekan baru pitas pada tahun 1993 dan dinaik taraf sebagai pusat kesihatan kelumpang. Pada jun 2001, hospital pitas mula dibina dengan keluasan 10.5 hektar dan siap pada 30 jun 2005. Hospital pitas dapat menampung kehadiran pesakit yang terdiri daripada 5 buah klinik kesihatan dan 8 buah klinik desa yang berhampiran.