Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang dunia E-Learning iaitu pembelajaran secara alam maya menggunakan Komputer dan Internet pada khususnya. Selain daripada itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang program STEM dengan membuat tangan robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang telah disediakan oleh petugas NADI.

 

Aktiviti 

  1. Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan program yang akan dijalankan pada hari tersebut berkenaan dengan DUNIA E-LEARNING.
  2. Kemudian, hasil daripada penerangan petugas para peserta akan mengaplikasikan balik apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan komputer.
  3. Tenaga pengajar pada sesi E-Learning Bersama Pelajar Tabika Kg. Perpaduan Kg. Rosob iaitu Puan Susanti Binti Samsudin dan dikendalikan Bersama Wakil guru daripada KG. Perpaduan iaitu Puan Berallainica Webley.

 

 

Tujuan

Program Ini Dijalankan Adalah Untuk Membekalkan Peserta Dengan Pengetahuan Dan Kefahaman Yang Mendalam Tentang Asas Internet Terutamanya Dalam Melayari Laman Sesawang Untuk Pendaftaran Kemasukan Anak-Anak Ke Tahun 1/2025. Laman sesawang untuk pendaftaran sekolah tahun satu ialah Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) (moe.gov.my).

 

Aktiviti 

 

  1. Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan program yang akan dijalankan pada hari tersebut berkenaan dengan DUNIA INTERNET.
  2. Kemudian, hasil daripada penerangan petugas para peserta akan mengaplikasikan balik apa yang telah mereka pelajari dengan membuat sendiri pendaftaran anak-anak mereka dengan menggunakan komputer yang disediakan dan akan diberikan tunjuk ajar oleh Petugas NADI tersebut.
  3. Wakil daripada Ibu Bapa pada hari tersebut ialah Cikgu Tabika Perpaduan Kg. Rosob yang turut sama membantu dalam memberikan tunjuk ajar membuka laman sesawang pendaftaran Tahun 1/sesi 2025.

 

Gambar Disini