Tarikh     : 23 September 2017

 Masa       : 9.00AM - 1.00PM (Pagi)

 Lokasi     : PI1M Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 45

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 45 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk meraikan komuniti setempat yang senantiasa memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan di PI1M. Selain daripada memberi pendedahan tentang aplikasi penggunaan dan kepentingan Dashboard kepada komuniti sekitar.

 

Aktiviti

Pengurus Pekan Baru Pitas menyampaikan taklimat berkenaan dengan pengenalan Dasboard yang terdiri daripada MyShop, MySkol, MyPlace, MyHealth, MySoal dan MyKomuniti kepada para peserta dengan lebih terperinci. Selesai taklimat, para peserta dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Dashboard ke telefon pintar mereka. Aktiviti dijalankan lagi dengan sesi pemeriksaan kesihatan tekanan darah tinggi dan degupan jantung (MyHealth). Seterusnya, aktiviti kuiz dashboard dimana para peserta perlu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan aplikasi dashboard dan pemenang kuiz dashboard akan diumumkan pada sesi penyampaian hadiah.

 

Gambar Disini

 Tarikh     : 10 September 2017

 Masa       : 9.00AM - 1.00PM (Pagi)

                   2.00PM - 4.00PM (Petang)

 Lokasi     : PI1M Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 10

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan Kursus Asas Komputer ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Sekolah untuk pendedahan awal kepada pembelajaran teknologi komputer dan dunia Internet. Disamping mampu menarik minat 

 

Aktiviti

Para peserta yang menghadiri kursus Asas Komputer pada hari tersebut diberi taklimat Klik Dengan Bijak terlebih dahulu, dimana taklimat ini mampu menyemai kesedaran kepada para pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak dengan memanfaatkan kegunaan kearah yang lebih positif. Selain itu, diberi pendedahan tentang cara penggunaan komputer dan internet, serta latihan.

 

Gambar Disini

 Tarikh     : 26 Ogos 2017

 Masa       : 9.00AM - 1.00PM (Pagi)

                   2.00PM - 5.00PM (Petang)

 Lokasi     : PI1M Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 13 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 13 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk meraikan komuniti setempat yang senantiasa memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan di PI1M selain daripada memupuk semangat Nasionalisme dalam menyambut hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap tahun.

Aktiviti

Para peserta yang menghadiri program pada hari tersebut diberi tunjuk ajar mengenai pengenalan kepada Asas Komputer dan Asas menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop terlebih dahulu, sebelum memulakan sesi pertandingan pada sebelah petang. Diikuti dengan taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pengurus PI1M Pekan Baru Pitas. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna poster "AKU NEGARAKU", dan mencipta kad kemerdekaan.

 

Gambar Disini

 

 Tarikh     : 07 September 2017

 Masa       : 8.00AM - 1.00PM 

 Lokasi     : PI1M Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 30

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 30 orang peserta. Tujuan program ini adalah sebagai promosi dan lebih mengeratkan hubungan Petugas PI1M bersama dengan usahawan dan komuniti disekitar Daerah Pitas. Disamping dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang aplikasi Dashboard, terutama tentang cara penggunaan dan kepentingan dashboard kepada mereka, seperti MYSHOP iaitu salah satu flatform yang boleh diguna pakai untuk mempromosikan produk mereka.

Aktiviti

Para peserta yang menghadiri program pada hari tersebut diberi tunjuk ajar mengenai pengenalan kepada Asas Komputer, disamping taklimat berkenaan dengan Aplikasi Dashboard dengan lebih terperinci.

 

Gambar Disini