Tarikh : 09 Mei 2024 Masa : 08.00AM - 02.00PM Lokasi : NADI Pekan Baru Pitas Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Program Ini Dijalankan Adalah Untuk Membekalkan Peserta Dengan Pengetahuan Dan Kefahaman Yang Mendalam Tentang Asas Internet Terutamanya Dalam Melayari Laman Sesawang Untuk Pendaftaran Kemasukan Anak-Anak Ke Tahun 1/2025. Laman sesawang untuk pendaftaran sekolah tahun satu ialah Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) (moe.gov.my).
Aktiviti
- Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan program yang akan dijalankan pada hari tersebut berkenaan dengan DUNIA INTERNET.
- Kemudian, hasil daripada penerangan petugas para peserta akan mengaplikasikan balik apa yang telah mereka pelajari dengan membuat sendiri pendaftaran anak-anak mereka dengan menggunakan komputer yang disediakan dan akan diberikan tunjuk ajar oleh Petugas NADI tersebut.
- Wakil daripada Ibu Bapa pada hari tersebut ialah Cikgu Tabika Perpaduan Kg. Rosob yang turut sama membantu dalam memberikan tunjuk ajar membuka laman sesawang pendaftaran Tahun 1/sesi 2025.