Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang dunia E-Learning iaitu pembelajaran secara alam maya menggunakan Komputer dan Internet pada khususnya. Selain daripada itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang program STEM dengan membuat tangan robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang telah disediakan oleh petugas NADI.

 

Aktiviti 

  1. Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan program yang akan dijalankan pada hari tersebut berkenaan dengan DUNIA E-LEARNING.
  2. Kemudian, hasil daripada penerangan petugas para peserta akan mengaplikasikan balik apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan komputer.
  3. Tenaga pengajar pada sesi E-Learning Bersama Pelajar Tabika Kg. Perpaduan Kg. Rosob iaitu Puan Susanti Binti Samsudin dan dikendalikan Bersama Wakil guru daripada KG. Perpaduan iaitu Puan Berallainica Webley.