USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN

 Nama         :  Masiah Binti Sangkong

 Umur         :  46 Tahun

 Ahli            :  2014

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang 

Resiah Enterprise merupakan syarikat bumiputera Sabah yang membekal dan menyediakan latihan dalam bidang kraftangan etnik Sabah. Syarikat ini dimiliki oleh Puan Masiah Songkong. Antara produk keluaran syarikat beliau adalah beg berasaskan benang kait dan tali plastik, tudung saji ditambah nilai menggunakan reben, beg diperbuat daripada benang kait, bakul doorgift berasaskan manik, pasu bunga berasaskan kristal dan aksesori yang diperbuat daripada manik halus. 

Puan Masiah Sangkong merupakan suri rumah yang menghasilkan seni kraftangan apabila waktu lapang sahaja, namun disebabkan minat yang mendalam terhadap seni kraftangan dan permintaan yang semakin banyak,  akhirnya Puan Masiah Sangkong mula meluaskan produk kraftangannya dan mempelbagaikan jenis-jenis yang dihasilkan mengikut permintaan daripada pelanggan dan pasaran sekarang. 

 

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Puan Masiah merupakan usahawan kecil yang mempunyai beberapa jenis kraftangan seperti beg daripada benang kait dan tali plastik, bunga daripada kristal,  dan tudung saji yang ditambah nilai menggunakan reben. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan kraftangan yang perlu dijual melalui kenalan dan lain-lain pengiklanan kovensional. Namun kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pekan Baru Pitas beliau kini telah memiliki facebook dan fanpage sendiri yang dapat mempromosikan hasil kraftangan beliau dan melalui kelas-kelas bengkel yang diadakan beliau mampu memperolehi pendapatan tambahan mencecah sehingga RM200-RM300 sehari tidak termasuk barangan kraftangan yang mendapat tempahan untuk majlis kahwin atau majlis perasmian untuk dijadikan cenderahati kepada perasmi yang berjumlah RM900 lebih.

 

Bengkel Latihan ICT / Usahawan yang dihadiri di PI1M