Hospital pitas

Pengenalan

Sejarah perkhidmatan dan kesihatan di daerah pitas mengalami banyak perubahan dengan bermulanya pengwujudan klinik kesihatan kelumpang yang pertama pada tahun 1983, yang pada ketika itu ditempatkan di sebuah bangunan, bekas pentadbiran parti "berjaya".

Klinik kesihatan ini kemudiannya dipindahkan ke pekan baru pitas pada tahun 1993 dan dinaik taraf sebagai pusat kesihatan kelumpang. Pada jun 2001, hospital pitas mula dibina dengan keluasan 10.5 hektar dan siap pada 30 jun 2005. Hospital pitas dapat menampung kehadiran pesakit yang terdiri daripada 5 buah klinik kesihatan dan 8 buah klinik desa yang berhampiran.

 

 Visi hospital pitas

Hospital pitas akan menjadi hospital daerah yang terulung dalam memberi rawatan berkualiti dengan anggota yang terlatih, peralatan yang canggih serta kemudahan terkini yang mengutamakan kepuasan pelanggan.

 

Misi hospital pitas

Hospital pitas akan berusaha memberi perkhidmatan kepada individu, keluarga dan masyarakat berteraskan perkhidmatan perubatan yang berkualiti berdasarkan prinsip-prinsip budaya korporat.

 

Waktu operasi hendaklah seperti berikut :-

 

HARI  MASA
ISNIN HINGGA KHAMIS 7.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
JUMAAT 7.00 PAGI HINGGA 11.30 TNGH
  2.00 PETANG HINGGA 4.30 PETANG
SABTU DAN AHAD 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

                

 

Terdapat 23 senarai Polisi hospital pitas seperti berikut;-

ü  Polisi pengurusan

ü  Kejururawatan

ü  Kecemasan dan trauma       

ü  Jabatan pesakit luar

ü  Pesakit dalam

ü  Dewan bersalin         

ü  Kawalan infeksi         

ü  Farmasi

ü  Patologi         

ü  Fisioterapi      

ü  Pemulihan carakerja 

ü  Sajian

ü  Dewan bedah

ü  Bekalan bahan steril 

ü  Kerja sosial perubatan          

ü  Rekod perubatan

ü  Teknologi maklumat

ü  Radiologi

ü  Penyusuan susu ibu

ü  Ambulan dan kenderaan

ü  Forensik        

ü  Keselamatan 

ü  Hak pesakit               

 

(Sumber dari Hospital Pitas)