Nama         :  Puan Hasni Binti Ammase

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

 

 

Latar belakang & Bentuk Kejayaan 

Puan Hasni Binti Ammase berusia 29 tahun dan Berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Sekolah Menengah (SPM). Beliau merupakan seorang suri rumah yang sepenuh masa. Walaupun beliau merupakan suri rumah tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil membuatkan beliau cuba untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang di tanggung suami. Segalanya bermula dengan membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga membuatkan beliau tidak pernah mengenal erti putus asa sehingga kini. Beliau sebelum ini hanya menjadi pelawat di Pusat Internet Pekan Baru Pitas pada Julai 2018 kemudian mengetahui terdapat banyak manfaat yang dia telah perolehi daripada pembelajaran bersama Pusat Internet maka barulah beliau mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ahli PI Pekan Baru Pitas pada Februari 2019 kerana memudahkan beliau untuk mengetahui kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI pada masa yang akan datang.

 

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, bakeri jualan beliau hanya dikenali dikalangan ahli keluarga sahaja. Pendapatan beliau dalam sebulan kurang daripada RM100.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIMenyedari tentang kepentingan internet, Puan Hasni telah mengambil peluang tersebut dengan berkunjung ke Pusat Internet Pekan Baru Pitas. Meskipun jarak rumah beliau ke PI dalam 20 km dan mengambil masa 15 minit menaiki kenderaan, namun beliau tetap bersungguh-sungguh untuk meneroka bidang teknologi ICT. Kelebihan sebagai ahli PI tidak disia-siakan. Dalam mengembangkan perniagaan, beliau selalu pergi ke PI untuk mengakses internet, mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan dan belajar cara berniaga di media sosial.

 

Selepas penglibatan PI, akhirnya beliau telah mempunyai akaun facebook sendiri dan mempunyai Page. Beliau menggunakan facebook tersebut untuk tujuan berniaga dan mencari info berkaitan dengan perniagaan. Selain facebook, beliau juga aktif menjual di whatsApp group dan mudah.my. Beliau juga menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) dalam mengembangkan pasaran produk ke tempat lain. Produk jualan beliau semakin dikenali bukan sahaja dikalangan keluarga malahan komuniti sekitar dan luar kawasan kampung. Pendapatan bersih beliau bertambah dari RM50 ke Rm550 sebulan.

Untuk perancangan di masa depan, beliau akan terus berhubungi dengan petugas PI dan akan ke PI dengan lebih kerap lagi. Beliau juga sedang mencari peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh MDEC.

a sedang mencari peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh MDEC.