Nama         :  Puan Nurhuda Binti Yazid

 Umur         :  32 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

 

Latar belakang & Bentuk Kejayaan 

Puan Nurhuda Binti Yazid berusia 32 tahun dan Berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Sekolah Menengah (SPM). Beliau merupakan seorang guru sepenuh masa. Walaupun beliau seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas 2, namun beliau masih mencari peluang untuk menceburkan dalam bidang perniagaan kerana merupakan 99% sumber pencarian yang paling mudah dan senang tetapi perlukan kegigihan dalam melaksanakannya.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan ahli keluarga sahaja. Pendapatan beliau dalam sebulan kurang daripada RM100.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Menyedari tentang kepentingan internet, Puan Nurhuda telah mengambil peluang tersebut dengan berkunjung ke Pusat Internet Pekan Baru Pitas. Meskipun jarak rumah beliau ke PI dalam 15 km dan mengambil masa 35 minit menaiki kenderaan, namun beliau tetap bersungguh-sungguh untuk meneroka bidang teknologi ICT. Kelebihan sebagai ahli PI tidak disia-siakan. Dalam mengembangkan perniagaan, beliau selalu pergi ke PI untuk mengakses internet, mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan dan belajar cara berniaga di media sosial.

 

Selepas penglibatan PI, akhirnya beliau telah mempunyai akaun facebook sendiri dan mempunyai Page. Beliau menggunakan facebook tersebut untuk tujuan berniaga dan mencari info berkaitan dengan perniagaan. Selain facebook, beliau juga aktif menjual di whatsApp group dan mudah.my. Beliau juga menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) dalam mengembangkan pasaran produk ke tempat lain. Produk jualan beliau semakin dikenali bukan sahaja dikalangan keluarga malahan komuniti sekitar dan luar kawasan kampung. Pendapatan bersih beliau bertambah dari RM50 ke Rm450 sebulan.

 

Untuk perancangan di masa depan, beliau akan terus berhubungi dengan petugas PI dan akan ke PI dengan lebih kerap lagi. Beliau juga sedang mencari peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh MDEC.