Tarikh     : 25 Ogos 2019

 Masa       : 8.00AM - 2.00AM

 Lokasi     : PI Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 250

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersempena hari kejadian Program Hari Bersama Komuniti Pekan Baru Pitas ialah seperti, Zumba Kemerdekaan, Aktiviti Mewarna Poster Semarak Merdeka bagi Pelajar Tabika dan kanak-kanak, sesi taklimat berkenaan dengan info kesedaran media sosial dan internet Klik Dengan Bijak (Pedofilia) yang disampaikan oleh Puan Susanti Samsudin, serta sesi penerangan dan promosi yang disampaikan oleh setiap agensi sama ada KWSP, Lembaga Tabung Haji, dan Pejabat Pos Malaysia. Program diteruskan lagi dengan sesi keusahawan iaitu membuat keropok lekor ranggup by Kak Nang yang disampaikan oleh wakil usahawan Tupperware iaitu Puan Salasiah. Para pengunjung juga boleh melakukan pemeriksaan saringan kesihatan yang dilakukan oleh petugas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Pitas. Seterusnya penyampaian hadiah bagi para pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta program Hari Bersama pada hari tersebut telah dirasmikan dengan jayanya.

Gambar Disini