Tarikh     : 02 April 2019

 Masa       : 2.00PM - 5.00PM

 Lokasi     : PI Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 8

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Dengan menjalankan program sebegini dapat membuka peluang PI menjalinkan hubungan baik dengan pihak Sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Ngo. Selain memujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin kepada pengguna lain. Disamping itu, dapat memperkenalkan sistem dashboard kepada Ahli Pi1M yang lama dan yang baru. Serta pengajaran berasaskan web merujuk kepada penggunaan sumber-sumber World-Wide-Web (www) untuk membentuk persekitaran pengajaran yang lebih bermakna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Web dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan mementum kepada guru-guru dengan mengintegrasikan kemudahan ini dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

 

Aktiviti

Para peserta diterangkan mengenai aplikasi Dashboard (Myschool), (Myshop). Para peserta diberikan pendedahan dan pengenalan terhadap perkakasan komputer terlebih dahulu mengenali setiap fungsi-fungsi dan kegunaan setiap perkakasan. Selain itu, para peserta mempelajari cara untuk membuat akaun baru menggunakan akaun (GMAIL) agar memudahkan urusan mereka apabila mendaftar di mana-mana laman web terutamanya laman web pendidikan untuk pendaftaran sekolah anak-anak mereka.

Gambar Disini