Tujuan

Dengan menjalankan program sebegini dapat membuka peluang PI1M menjalinkan hubungan baik dengan pihak Sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Ngo dan komuniti di sekitar. Selain dapat meraikan kebersamaan dengan ahli-ahli pusat Internet Pekan Baru Pitas yang sentiasa memberi sokongan untuk setiap aktiviti yang dijalankan melalui sambutan Hari Raya Aidil Fitri sebegini. Dalam masa yang sama meraikan sambutan Hari Raya, diselitkan juga dengan beberapa program lain seperti pengenalan dan muat turun Dashboard Komuniti diantaranya adalah Myhealth (Membuat pemeriksaan kesihatan tekanan darah), Mykomuniti, dan Myshop. 

Aktiviti

Para peserta diterangkan mengenai aplikasi Dashboard dan menu-menu yang terdapat pada sistem dashboard diantaranya ialah Myshop, Myhealth dan sebagainya. Para peserta membuat pemeriksaan kesihatan tekanan darah secara percuma di Pusat Internet Pekan Baru Pitas serta memuat turun aplikasi MyDashboard. Aktiviti pertandingan seperti mewarna poster raya bagi kanak-kanak, aktiviti menganyam ketupat, aktiviti menjawab teka silang kata dan cabutan tiket bertuah bagi yang membuat pemeriksaan kesihatan.

 

Gambar Disini