Tarikh     : 26 April 2018

 Masa       : 8.00AM - 3.00PM

 Lokasi     : PI1M Pekan Baru Pitas

 Peserta   : 200

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Dengan adanya program sebegini mampu mengeratkan hubungan dengan komuniti di sekitar PI1M. Disamping, meraikan komuniti setempat yang senantiasa memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan di PI1M. Dalam masa yang sama program ini juga mampu memberi info kesedaran berkenaan dengan penggunaan internet dan media sosial secara bijak melalui Program Klik Dengan Bijak serta memberi info maklumat kepada komuniti berkenaan dengan aplikasi laman sesawang iaitu (Sebenarnya.my). Tambahan itu juga, memberi pendedahakan berkenaan dengan aplikasi Dashboard kepada komuniti tentang fungsi dan kegunaanya.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersempena hari kejadian Program Hari Bersama Komuniti Pi1M Kluster Pitas ialah seperti, Senam Aerobik, Aktiviti Mewarna Poster bagi Pelajar Tabika Kemas Kg. Kalumpang A, B dan C, sesi taklimat berkenaan dengan info kesedaran media sosial dan internet Klik Dengan Bijak serta laman sesawang iaitu (Sebenarnya.my) yang disampaikan oleh Encik Alvis Musli, serta sesi penyampaian info berkenaan dengan aplikasi Dashboard Komuniti yang disampaikan oleh Cik Hanizayati Binti Mohd Yassin. Program diteruskan lagi dengan sesi keusahawan iaitu membuat sabun alami yang disampaikan oleh wakil usahawan PI1M Pekan Baru Pitas iaitu Puan Masiah Sangkong. Seterusnya penyampaian hadiah bagi para pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta program Hari Bersama pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Puan Normalah Rasick (EXCO UMNO). 

Gambar Disini